Saturday, December 24, 2011

Dakwah is Cool

Assalamualaikum.

Pening pulak kepala aku rasenye, macam-macam perangai manusia sekarang ni kan, pemimpinnye cenggitu, rakyat nye pulak cenggitu..hadoii.bile ikut je mengkhinzir buta, gitu lah yang jadinye..bila bertuhankan manusia maka punah ranah la semuanya...pe la yang aku bebel ni kan.whatever la.malas lagi nak komen.

Aku terfikir, kan best kalau semua orang kat dunia ni bersikap berterus-terang dan lagi best bila semua orang dapat menerima secara terbuka.  



bila tak suka, terus cakap. tak betul, terus tegur. salah, on the spot betolkan. menyampah, cakap je terus. dan orang yang ditegur tu cool je terima segala teguran.

takde lah timbul isu, cakap belakang, ngumpat sana-sini, fitnah, mengutuk tak tentu pasal..huhh.bohsan betul. lagi menyampah bila wujudnya makhluk-makhluk yang suka membodek ni kan.

tak mampu buat, jangan nak promise2.  atau better lafazkan insya'Allah..boleh la consider as beliau mencuba untuk melakukan yang terbaek, tp tue je yang mampu.  so, tak payah la nak menabur janji2 semanis coklat cadbury mousse gitu kan.

korang tak rase best ke?

aku dah membayangkan macam mane kalo aku mampu berterus terang kat pompuan-pompuan tue,

"hey, burok ar korang pakai baju tak cukup kain!"

"hey, tebal nye make up, loya ar tengkuk ak tengok!"

"hey, asal bughok nau rambut tu, pakai tudung boley x?"


atau kalo aku dapat berterus terang kat beliau,

"incik, saya tak suka ar cara pemerintahan incik, kenapa incik tolak hukum Allah., kenapa incik xnak ikut al-Quran dan as-Sunnah?kenapa incik suka putar belit? kenapa incik..kenapa..kenapa?" huhh.banyak yang ak nak cakap kat beliau.

tapi mustahil la kan boleh berterus terang macam tu, sebab makhluk bernama manusia memang susah untuk bersikap terbuka....apatah lagi hendak menerima teguran terhadap kekurangan diri sendiri.

that's why Allah berfirman dalam kitab suci-Nya:

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik..." 

(Surah al-Nahl, ayat 125) 

nak tegur orang lain, mestilah berhikmah, dengan bijaksana, jangan semberono je..nak nasihat orang pun kena ikhlas kan, baru sampai ke hati..



'berhikmah' tu sangat subjektif..sebab tu lah nak jadi daie kena kenal dulu siapa mad'u..barulah dapat kenal pasti mana yang berhikmah pada dia.

tapi jangan di tanya kenapa susah nau seseorang nak menerima seruan dan dakwah kita kerana Allah berfirman lagi dalam surah dan ayat yang sama seperti di atas..:

"..Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk."

(al-Nahl:125) 

kerana hidayah itu milik Allah...:)

aku cakap: perjalanan dakwah ini tidak akan terhenti selagi nafas masih dirasai, jantung masih bernadi....dakwah is cool,right?
  
Wallahua'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...