Thursday, January 10, 2013

masih belum terlambat..:)

bismillah wa salam alaik..:)

 sumber:iluvislam

kisahnya bermula di sini..
pada suatu hari yang tenang..
ketika sedang menunggu kehadiran seorang penceramah di satu majlis agama di sebuah surau..
di hujung sebelah kanan ana, kelihatan seorang muslimah yang sedang memerhati gerak geri muslimah-muslimah lain yang bertali arus memasuki ruangan surau..ada yang sedang membetulkan LCD, menyediakan air untuk penceramah..tak kurang juga ada yang bersama-sama menyertai jemaah lain yang telah bersedia untuk menerima kedatangan penceramah yang ditunggu-tunggu..tiba-tiba..

"hurmm..akak, nak tanya boleh?"

"ye dik..."

"apa bezanya pakai sarung kaki ngan tak pakai erk?....kenapa saya tengok ramai yang pakai..?"

"owh....hurmmm, kenapa adik pakai tudung?"

"aurat..."

"ha..camtu la jugak dengan kaki kita..cuba adik ingat balik..dolu-dolu, kita belajar aurat kita ape?..seluruh anggota badan kecuali muka ngan tapak tangan je kan..?"

"a'ah........la."hehe...

"dan...kalo kte solat cmne?..kaki kte tutup x?"
"tutup..."

"so...same jgk konsepnye dengan aurat kte..kaki kte ni aurat..sebab tu kita kena pakai sarung kaki untuk lindungi daripada pandangan orang lain yang bukan muhrim kita.." sambil tersenyum..

".......dan satu lagi, adik kena ingat, kalo adik nak tau macam mane kita nak pastikan kte dah betul2 tutup aurat ke belum..kalo ikut prinsip akak sendiri..pakaian yang akak pakai sekarang boley bwak solat x..akak boley solat x dengan pakaian akak sekarang tanpa bertelekung?....hurmm..kalo jwpnnya ye..so,u get the point..mknenye kte dh betol2 menjage aurat kte sepertimana yang disyariatkan....boley dik?" senyum lagi..

"owhh...dah faham..terima kasih kak.."

beberapa minit kemudian...

"akak..!"

"ye.."

"tengok ni...."ucapnya lembut sambil menunjukkan kakinya yang telah bersarung kaki.

"alhamdulillah..."

"terima kasih Ya Allah.."kata-kata yang hanya terungkap di dalam hati..:)

*********************************

betul la yang selalu ana dengar,
hidayah tu milik Allah..
kerana hati manusia Allah yang pegang,
sebagai manusia kite hanya mampu saling mengingatkan,
mana yang salah diperbetul,
yang betul dijadikan amalan,
sesuatu yang memberi kesan pada diri kte sendiri,
xsemestinya memberi kesan pada orang lain jugak kan?

bertmbah ilmu seiring bertmbhnye amal..:)
sumber:iluvislam. 


kalau dah Allah nak bagi hidayah,
satu perkara kecik pun dah mampu mengubah hidup seseorang,
dan kalau dah ditakdirkan belum sampai masanya untuk seseorang itu berubah,
ditunjukkan segala keajaiban dunia, kekuasaan Allah sekali pun,
belum mampu melembutkan hatinya walau sekelumit pun.

namun,
perlu juga diingat,
hidayah itu juga perlu dicari,
kalo sampai bertahun-tahun pun..alasannya masih sama,
"tak bersedia lagi"
"hati belum terbuka"
senang je menuturkan kata-kata tu,
tapi apa usaha yang kte buat untuk berubah..?
xde usaha..cmne nak ada hasil kan.?
dan..Allah itu tak melihat pada hasil,
tapi sejauh mana usaha kite..

kadang-kadang,
suatu perkara yang baek itu,
perlu juga dimulakan dengan terpaksa,
insyaAllah,suatu masa nanti,
akan jadi satu amalan..
ye idok?
kalo nak tunggu bersedia,
entah bile..kalo celik2 mate esok,
tibe2 dah xdi dunia nyata...cmne?
hurmm..
okay.cukup bebel.
peringatan untuk diri sendiri,
juga pada yang sudi.~

so sahabat2 sekalian,
jom mulakan langkah sekarang,
perjalanan ke syurga..:)

"the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

~Hlovate,Contengan Jalanan_I-Fend~

sekian wassalam.

Saturday, December 24, 2011

Dakwah is Cool

Assalamualaikum.

Pening pulak kepala aku rasenye, macam-macam perangai manusia sekarang ni kan, pemimpinnye cenggitu, rakyat nye pulak cenggitu..hadoii.bile ikut je mengkhinzir buta, gitu lah yang jadinye..bila bertuhankan manusia maka punah ranah la semuanya...pe la yang aku bebel ni kan.whatever la.malas lagi nak komen.

Aku terfikir, kan best kalau semua orang kat dunia ni bersikap berterus-terang dan lagi best bila semua orang dapat menerima secara terbuka.  



bila tak suka, terus cakap. tak betul, terus tegur. salah, on the spot betolkan. menyampah, cakap je terus. dan orang yang ditegur tu cool je terima segala teguran.

takde lah timbul isu, cakap belakang, ngumpat sana-sini, fitnah, mengutuk tak tentu pasal..huhh.bohsan betul. lagi menyampah bila wujudnya makhluk-makhluk yang suka membodek ni kan.

tak mampu buat, jangan nak promise2.  atau better lafazkan insya'Allah..boleh la consider as beliau mencuba untuk melakukan yang terbaek, tp tue je yang mampu.  so, tak payah la nak menabur janji2 semanis coklat cadbury mousse gitu kan.

korang tak rase best ke?

aku dah membayangkan macam mane kalo aku mampu berterus terang kat pompuan-pompuan tue,

"hey, burok ar korang pakai baju tak cukup kain!"

"hey, tebal nye make up, loya ar tengkuk ak tengok!"

"hey, asal bughok nau rambut tu, pakai tudung boley x?"


atau kalo aku dapat berterus terang kat beliau,

"incik, saya tak suka ar cara pemerintahan incik, kenapa incik tolak hukum Allah., kenapa incik xnak ikut al-Quran dan as-Sunnah?kenapa incik suka putar belit? kenapa incik..kenapa..kenapa?" huhh.banyak yang ak nak cakap kat beliau.

tapi mustahil la kan boleh berterus terang macam tu, sebab makhluk bernama manusia memang susah untuk bersikap terbuka....apatah lagi hendak menerima teguran terhadap kekurangan diri sendiri.

that's why Allah berfirman dalam kitab suci-Nya:

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik..." 

(Surah al-Nahl, ayat 125) 

nak tegur orang lain, mestilah berhikmah, dengan bijaksana, jangan semberono je..nak nasihat orang pun kena ikhlas kan, baru sampai ke hati..



'berhikmah' tu sangat subjektif..sebab tu lah nak jadi daie kena kenal dulu siapa mad'u..barulah dapat kenal pasti mana yang berhikmah pada dia.

tapi jangan di tanya kenapa susah nau seseorang nak menerima seruan dan dakwah kita kerana Allah berfirman lagi dalam surah dan ayat yang sama seperti di atas..:

"..Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk."

(al-Nahl:125) 

kerana hidayah itu milik Allah...:)

aku cakap: perjalanan dakwah ini tidak akan terhenti selagi nafas masih dirasai, jantung masih bernadi....dakwah is cool,right?
  
Wallahua'lam.

Thursday, December 15, 2011

Tak Boleh ke Ada Facebook??


Assalamualaikum w.b.t.

Tak jawab dosa, jawab..sayanggg..hehe.oppss,,terciplak ayat orang la pulak..:)

Marcapada ini, fenomena facebooking semakin menular di serata dunia tak kire di ceruk mana.tok caye??ce kome godek facebook 2, ate ramey benornye warge2 asing di fb 2, yang gelap, ceroh, itam manih, abangla, pak ustaz, ce kabo jew nok yg macam mne..berlambk kat fb 2..okay, melencong sudah.

Dulu-dulu aku pernah jugak terfikir, facebook ni tak pe ke sebenarnye? melalaikan pun ye, maksiat mata pun ye, segala jenis maksiat ada kat fb tu..mane tak nye kan, bukak internet je, first tab is facebook, nak buat keje pun facebook walking dulu, nak tidur pun bukak facebook dulu, tak boley tidur pun ngadap fb jugak..bak kate pepatah ‘facebook la segala-galanya, anytime, anywhere’.. tak gitu? Ke aku je yang cenggitu tp tue dulu la..heehh.

 sumber:bukan aku punyer.semestinye.hehh

Aku memang tak paham beliau-beliau yang suke bebenor update status facebook yg tak berapa gemor aku nak membacanye, contoh-contoh nya adalah…………..:


“hurmm, hari ni sakit perut..sob2”

“arghhh..tidak!!si die menjeling manje..wink2..”

“hari ni kucing I gigit kaki I, aduh..sakitnye..”


**segala di atas tiada kaitan antara yang mati atau bakal mati, hanya rekaan yang lebih-kurang-cenggitu-la-yg-aku-jumpe-kat-fb-menyampah-tol.
Kalau tersama, anggap la..memang korang la yg aku maksudkan..miahahha.ok.gurau.**

Hello….!!perlu ke bagitau seluruh dunia semua tu..?

Haisyhhh, macam-macam la korang ni..nakal betul..heehh.erk?

Tapi, bile pikir-pikir balik, tak boleh nak salah kan beliau jugak kan, aku andaikan bebeliau ni kekurangan kasih sayang, that’s why mengharap perhatian rakan-rakan fb beliau kan..whatever la..yg penting aku bukan nak cakap pasal depa semua..


Seorang pak ustaz ni pernah cakap kat aku..walhal sebenarnya die cakap kat jemaah yang mendengar ceramah die..hehh. **ape ko ingat ko sepesel sangat?heehh**


“pada hari ini, seorang daie..seandainya tidak mempunyai facebook..adalah satu kegagalan besar buat die..”


Gulpp..sentap jugak la aku mendengarnye kan..mase tu dalam hati pikir cenggini je..

“nasib baek aku ada facebook..hehe” ---> (sile ulang beberapa kali)


Agak-agak korang la kenapa ustaz tu cakap camtu?


Aku ada baca la kan kat blog sorang mamat ni, dia cakap,

“kalau beberapa tahun dulu, orang berminat untuk membaca blog, maka ramailah mereka yang mengambil peluang ini untuk menyebarkan dakwah mereka melalui blog-blog ni,

Namun,

Sekarang, orang dah malas nak baca artikel yang panjang-panjang, diorang lebih suka bace post-post kat fb yang ringkas dan mudah diorang fahami..”


yuppSS!!that is why sekarang ramai pak2 ustaz, kiyai..hehh..dah mula bergiat aktif dalam facebook ni, toksah pelik la tengok pak aji berserban putih, berjubah putih, bertasbih di tangan, sambil bibir tak lekang dengan zikrullah, sedang berfacebooking sambil menggoyang2 kan kaki dan membelai-belai janggut nye yang tebal..hehe..overdos plak.

Kerana..facebook kini dah menjadi satu keperluan,

Untuk apa??

BERDAKWAH…..

“Ballighu anni walau ayat”

Bukan untuk menjadi egen mencari jodoh semata, bukan juga menjadi bahan untuk menyekodeng awek2 cun yang posing ntah pape, tudung entah ke mana, aurat terbuka, make up tak nampak ghupe, maruah pun tergugat sama..nauzubillah…

Jadi, salah ke nak ada facebook?

Tak salah kan kalau pandai nak dimanfaatkan..bukan untuk diri sendiri, tapi untuk agama..takde pun si Mark blabla-berg state kat facebook registration 2 kan..

“any Islamic Quotations au nasihat-menasihati are not allowed”

Hade?tak hade kan?

Kalau, aku ulang,,KALAU lah kan beliau 2 memang berniat untuk menjatuhkan orang Islam sekalipun dengan penciptaan laman sosial facebook 2, jadilah muslim yang bijak sikit bro…jadikan FB sebagai alat untuk berdakwah..amacam?cool kan?tak dapat ajak semua pun kita jangan tinggal semua..ye idok?

"aslih nafsak, wad'u ghairak"
"perbaiki diri sendiri, dan ajaklah orang lain"
 
aku cakap:pssstt..kan lagi manis kita mengajak, daripada menyuruh je kan..

Chow..assalamualaikum..tak jawab dosa, jawab??heeh.ok dah.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...